Powered By Blogger

Saturday 18 August 2012

The Stoning of Soraya M.

Assalammualaikum....

Tadi Nour tengok filem ' The Stoning of Soraya M.' . Probably, ramai yang pernah tengok filem ni.... Anyway, sesiapa yang belum, this film worth watching. Ia adalah kisah yang benar-benar berlaku di kawasan pedalaman Iran. Betul atau tidak plot filem ini, wallahualam.

Filem ini mengisahkan bagaimana seorang wanita Iran yang ditindas dan dizalimi oleh suaminya sendiri. Dia mempunyai 2 anak lelaki dan 2 anak perempuan. Suaminya, Ali seorang kaki perempuan yang ingin mengahwini seorang gadis di bandar yang berusia 14 tahun. Ali mahu menceraikan Soraya tetapi, isterinya itu tidak mahu kerana memikirkan anak-anak mereka. Dilabel 'inconvenience wife' plot kejam diatur oleh suaminya dengan mempergunakan orang-orang kuat di kampung tempat mereka tinggal. Soraya berjuang, demi anak-anaknya.... demi haknya sebagai seorang isteri.... demi maruahnya sebagai wanita. Apa kesudahan nasib wanita malang ini? Uoll boleh tengok filem ini di
sini .









Mengalir air mata memikirkan ada wanita di luar sana yang masih ditindas. Wahai wanita, tabahkanlah dirimu, berjuanglah untuk hak mu, jagalah maruah mu.. sesungguhnya, orang yang ditindas itu lebih mulia kedudukannya di sisi Allah berbanding orang-orang yang menzalimi mu. Jangan kamu jemu menegakkan kebenaran...

'Wassalam'

No comments:

Post a Comment