Powered By Blogger

Sunday 19 August 2012

Rendang Daging ku



Rendang daging.... alahai, kecur air liur. Nour memang suke sesangat. Tak lengkap raye kalau tak makan rendang daging. So, alhamdulillah, malam tadi sempat buat. Habis memasak dan kemas dapur, dah pukul 2.30pagi. Adehhhh....pasal berkobar-kobarlah semangat nak makan rendang daging, turun dapur sampai tak ingat jam.


So, kat sini, Nour kongsi resepi Rendang Daging yang Nour masak. Honestly, Nour masak ikut own instinct. Tak ade sukatan yang tepat. Nour estimate kan jer bahan-bahannye. Tak masak banyak pun, 1/2 kilo jer.


Bahan-bahan
1/2 kg daging batang pinang (kiub kecil-kecil atau sesuka hati)
4 sudu besar kerisik (kelapa parut, digoreng tanpa minyak sampai brown, then tumbuk sampai keluar minyak)
1/2 sudu besar asam jawa dicampur setengah cawan air.
2 cawan santan
1 batang serai dititik

Bahan-bahan dikisar
8 biji bawang kecil
5 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
5 inci halia
3 inci lengkuas
3 batang serai
25 tangkai cili kering

Bahan dimayang
Daun kunyit
Daun limau

Garam

Cara masak
1)  Dalam kuali panas, masukkan daging, semua bahan-bahan kisar dan santan.
2)  Teruskan menggaul di atas api sederhana.
3)  Selepas 10 minit, masukkan kerisik, air asam jawa dan serai yang dititik. Gaul sebati.
4)  45 minit kemudian, masukkan daun kunyit dan daun limau. Garam secukup rasa.
5)  Masak hingga daging empuk. Boleh buat sedikit berkuah atau masak lebih lama sampai kering.
6)  Apa lagi? Ngap jangan tak ngap!


TADA!!!!


Candid si rendang. Tak sempat dia nak senyum.

So, simple jer kan? Tapi Alhamdulillah, rasenye enak... ihikssss... masuk bakul angkat sendiri. Kalau yang nak mencuba, silakan. Selamat mencuba.









1 comment: