Powered By Blogger

Sunday 19 August 2012

Rendang Daging ku



Rendang daging.... alahai, kecur air liur. Nour memang suke sesangat. Tak lengkap raye kalau tak makan rendang daging. So, alhamdulillah, malam tadi sempat buat. Habis memasak dan kemas dapur, dah pukul 2.30pagi. Adehhhh....pasal berkobar-kobarlah semangat nak makan rendang daging, turun dapur sampai tak ingat jam.


So, kat sini, Nour kongsi resepi Rendang Daging yang Nour masak. Honestly, Nour masak ikut own instinct. Tak ade sukatan yang tepat. Nour estimate kan jer bahan-bahannye. Tak masak banyak pun, 1/2 kilo jer.


Bahan-bahan
1/2 kg daging batang pinang (kiub kecil-kecil atau sesuka hati)
4 sudu besar kerisik (kelapa parut, digoreng tanpa minyak sampai brown, then tumbuk sampai keluar minyak)
1/2 sudu besar asam jawa dicampur setengah cawan air.
2 cawan santan
1 batang serai dititik

Bahan-bahan dikisar
8 biji bawang kecil
5 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
5 inci halia
3 inci lengkuas
3 batang serai
25 tangkai cili kering

Bahan dimayang
Daun kunyit
Daun limau

Garam

Cara masak
1)  Dalam kuali panas, masukkan daging, semua bahan-bahan kisar dan santan.
2)  Teruskan menggaul di atas api sederhana.
3)  Selepas 10 minit, masukkan kerisik, air asam jawa dan serai yang dititik. Gaul sebati.
4)  45 minit kemudian, masukkan daun kunyit dan daun limau. Garam secukup rasa.
5)  Masak hingga daging empuk. Boleh buat sedikit berkuah atau masak lebih lama sampai kering.
6)  Apa lagi? Ngap jangan tak ngap!


TADA!!!!


Candid si rendang. Tak sempat dia nak senyum.

So, simple jer kan? Tapi Alhamdulillah, rasenye enak... ihikssss... masuk bakul angkat sendiri. Kalau yang nak mencuba, silakan. Selamat mencuba.









Eid Mubarak






Eid Mubarak kepada semua ummat Islam,
Yang berada di Malaysia mahupun di luar negara,
Sama-samalah kita bermaafan.
Semoga bergembira di samping keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.

Kepada yang travelling on the road,
Semoga selamat sampai ke destinasi.

Khas untuk pengunjung halaman blog Nour,
Terima kasih banyak-banyak.

-wassalam-

Saturday 18 August 2012

The Stoning of Soraya M.

Assalammualaikum....

Tadi Nour tengok filem ' The Stoning of Soraya M.' . Probably, ramai yang pernah tengok filem ni.... Anyway, sesiapa yang belum, this film worth watching. Ia adalah kisah yang benar-benar berlaku di kawasan pedalaman Iran. Betul atau tidak plot filem ini, wallahualam.

Filem ini mengisahkan bagaimana seorang wanita Iran yang ditindas dan dizalimi oleh suaminya sendiri. Dia mempunyai 2 anak lelaki dan 2 anak perempuan. Suaminya, Ali seorang kaki perempuan yang ingin mengahwini seorang gadis di bandar yang berusia 14 tahun. Ali mahu menceraikan Soraya tetapi, isterinya itu tidak mahu kerana memikirkan anak-anak mereka. Dilabel 'inconvenience wife' plot kejam diatur oleh suaminya dengan mempergunakan orang-orang kuat di kampung tempat mereka tinggal. Soraya berjuang, demi anak-anaknya.... demi haknya sebagai seorang isteri.... demi maruahnya sebagai wanita. Apa kesudahan nasib wanita malang ini? Uoll boleh tengok filem ini di
sini .









Mengalir air mata memikirkan ada wanita di luar sana yang masih ditindas. Wahai wanita, tabahkanlah dirimu, berjuanglah untuk hak mu, jagalah maruah mu.. sesungguhnya, orang yang ditindas itu lebih mulia kedudukannya di sisi Allah berbanding orang-orang yang menzalimi mu. Jangan kamu jemu menegakkan kebenaran...

'Wassalam'

Di penghujung Ramadhan

Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Bulan berganti tahun. Insyaallah, Ramadhan, kita bersua lagi kalau umur panjang.

Tahun sudah, Nour berpuasa di Saudi Arabia sebab bekerja di sana. Tahun ni, Ramadhan dan sambut Syawal pun kat Malaysia.

Tak tau lah, mane pulak Nour akan sambut Ramadhan tahun depan. Insyaallah, umur panjang, badan sihat, kita bersua lagi, Ramadhan.



" Syukur, Alhamdulillah.... Puji-pujian hanya untuk Allah dan Rasul-rasulnya...
Sempat aku merasa Ramadhan tahun ini,

hiba juga rasa hati,
di penghujung bulan mulia ini,
kurasa tak cukup amalan ku,
sempurnakah puasa ku?
Ya Allah, telah kucuba sebaik mungkin,
mengharapkan kukumpul sedikit sisa pahala,
terhapus dosa-dosa,
sesungguhnya Ya Allah, Engkau Yang Maha Pengampun,
Maha Mengetahui dunia dan akhirat,
hidup dan ajal,
Insyaallah, panjang umurku,
terimalah aku menjadi tetamu fakir di Ramadhan Mu lagi"

-Coretan Nour-

Wassalam


Friday 17 August 2012

I'm getting there!!!

Assalammualaikum all....

Yes, yes, yes!!! I'm almost there... not quite, but Insyaallah, I will. Ramai pembantu-pembantu.... untuk kasi kemas kat luar.... dan kat dalam.

Nak kenal siapa mereka? Keep reading..... maybe uoll nak 'hire' dia orang jugak... who knows???

Oppppssss.... if you are looking for a domestic helper/maid/pembantu rumah, sah-sah salah terjah blog. Anyhow, tak rugi kalau bace entry ni.... Tak kene toll pun.

Siapa daku?
  1. Jerawat - datang dan pergi sesuka hati. sekali datang, tak tau nak minta diri.
  2. Kulit kusam - lesu jer.
  3. Berminyak - boleh kumpul buat minyak masak, you.
  4. Visible pores - kalah lubang-lubang kat 'spongebob'
  5. Acne marks - harimau mati, meninggalkan belang. jerawat? tinggal marks lah... huhuhu
Nak tambah list lagi ker? Tu jer kot... Itulah reality kulit ku. Sedey... sebab, started mase Nour puberty, unfortunately, until now. Wottttt??? Yes... I'm 29... and my skin is not improving.


BUT.... Wait...


Slowly, my skin dah improved.... since I started my skin beauty regime. Bukan lah pakai product yang kelassss pun. Just some supplement and EMC... Jom tinjau...

1)  Non-Acidic Vitamin C
Nour ambil 2000mg sehari. 1 tablet ade 1000mg Vitamin C. So, Nour akan ambil 1 in the morning, and another tablet in the evening. Vitamin C ni adalah antioxidant dan sejenis vitamin yang larut air. So, lebihan vitamin C dalam badan akan dikeluarkan melalui urin. Selain cepatkan penyembuhan luka dan digunakan untuk mengurangkan risiko dapat cold, pengambilan berterusan dapat mencerahkan kulit secara sihat. Sebab Nour ada acne, so, sedikit sebanyak mengecutkan dan mengeringkan acne Nour. Sekarang dah kurang. Not gone 100%, huhuhu. But, still Alhamdulillah... Syukur.

2)  L-Glutathione Plus with Vit C Capsule
Ok, yang ini, Nour ambil untuk lighten my scars dan secara tak langsung, ia juga promote whole body skin lightening. Nour memang dilahirkan dengan kulit agak cerah, so, skin lightening bukan lah my main objective. Lagi pun, this product yang Nour ambil mempunyai level Glutathione yang paras rendah. Nour ambil juga 2 kali, pagi dan petang. Nour tahu banyak product Glutathione yang ada extreme level. Tapi semuanya tak ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Bukan Nour kata product tu semua memudaratkan, but, we live once... and lets be healthy. Hasilya? Complexion dah sekata dan scars dah pudar sikit.



3)  Food supplement untuk kulit, rambut dan kuku
Juga dalam bentuk tablet. Containing Bio-Marine Complex, plant extracts with isoflavonoids, vitamins and minerals. Nour perasan sejak ambil, kulit dah tak berapa oily. Nour tak ada masalah dengan rambut mahupun  kuku. Cuma, rambut dah tak berapa berminyak. So, I Like!!!

4)  EMC
Ape tu? EMC ialah Egyptian Magic Cream. Nour beli online sebab krim ni tak dijual di pasaran. Nour beli dengan this particular blog sebab harga yang berpatutan dan feedback orang ramai tentang urusniaga dengan akak ni pun bagus. Tak pernah Nour beli barang online. 1st time, you... Very smooth dan fast. So, krim ni baik untuk kulit especially, luka. Memang Nour jamin luka cepat sembuh. Since start puasa, Nour punya bibir cracked sangat. Dah puas apply lip balm. Time tu jer dia ok, lepas lip balm hilang, crack still ader. Yang Nour tak boleh tahan, crack kat corner of my lips. Sakit sangat. So, Nour apply EMC, alhamdulillah, dalam 1 jam, dah sembuh. Terus elok. Masyaallah. Nour juga akan apply EMC pada muka nipis-nipis sebelum beradu. Ianya berminyak. Tapi, untuk scar, Nour apply lebih skit dan urut circular motion. Tak tau lah berapa lama nak urut, selalunye, sampai puas atau penat. Sebab, scar Nour bukan 1 atau 2 jer. Huhuhu. Hasilnya... kulit lembut bile bangun, dan rasenye, sedikit sebanyak membantu pudarkan scar. Scar sekarang tak gelap macam dulu. Dah kemerahan. Insyaallah, kalau Nour tekad dan disiplin, mungkin akan hilang. Who knows, kan? EMC boleh digunakan juga seluruh tubuh di bahagian-bahagian kering, guna sebagai eye cream, kalau kulit ada luka atau melecur. Banyak lagi manfaat lain.

Nour harap, entry ni helpful dan beri sikit idea kat uoll. Sesungguhnya, kecantikan itu adalah dalaman dan luaran. Yang penting, moga Allah memberikan tubuh yang sihat dan dijauhkan penyakit.

P/S - Nour tak letak brand product sebab entry ni, hanya sebagai guide dan tips sahaja. Bukan untuk promote product. Cuma product EMC yang Nour namakan untuk entry ni.

Keberkesanan mengamalkan regime ini mungkin kerana my body respons well to those products. Ask me, if you want to know more, ok? Insyaallah, kalau boleh bantu, Nour akan bantu. No hal. FOC dik non.

Selamat mencuba. Sila share uoll punya regime juga kalau boleh. Wassalam.












Wednesday 15 August 2012

Chill list

"Say cheese...."

It's Ramadhan, I'm fasting... and it is hot outside. Raya ( Eid ) is approaching soon... Insyaallah. New moon sighting will be on Saturday, 18th August. Macam mana nak beraya dengan selesa? Honestly, kalau beraya panas-panas, mesti rimas, kan? Tapi, if raining, worst. Macam itulah gelagat manusia, tak pernah puas.

Whatever it is, lets check my chill list. Apa Nour buat to beat the heat!!!

  1. Mandi
Kalau selalu, mandi hot shower, musim panas ni, tak payah lah on water heater. Room temperature shower stream not only brings down your body temperature instantly, but also leaves you feel fresh to start the day. Lagipun, nak berjalan raya kan? Make yourself more comfortable to travel and visit your relatives. Paying less electric bill too!!!

     2.   Sabun yang ada mint (Minty shower gel)

Nour akan guna shower gel yang ada mint, sebab ia menyejukkan. My favourite??? Mestilah Cucumber & Mint Shower Gel from The Body Shop. Nour bukan promote product, this is my honest review. Nak tahu best ke tak, kene try!!! Bukan sahaja menyegarkan, tetapi juga tidak mengeringkan kulit. I like!!!

     3.   Spritzing

Invest on face and body mists. Tips hebat, spray lepas shower. Dia ada cooling effect, refreshing and moisturising. Sekarang ada macam-macam jenama dan pelbagai haruman. Body mists ni, boleh juga digunakan masa tengah kepanasan. Sekali spray, wahhhhhh syiok! Satu lagi kelebihannya, it is wonderful at setting make-up. So, tak lah make-up cair! Cuba jangan tak cuba!

     4.   Facial wipes

Selalunya, Nour akan simpan facial wipes dalam fridge for about 2 hours. Tapi jangan lupa nak keluarkan, sebab sesetengahnya boleh jadi kering. Depending pada dia punya packing. So, about 2 hours, just nice. Guna untuk wipe/dab muka or body. Really works!

     5.   Cotton

Wear cotton and something comfortable. Laluan trafik angin yang lancar!!! Ceewahh.. Tapi, ramai yang tak minat buat baju kurung guna kain cotton kan? For Nour, comfort comes first before anything else.

     6.   Kipas

Beli kipas portable ataupun kipas nyonya. Don't bother getting a new portable mini fan if you already have a manual fan ( kipas nyonya ). Nampak kelasss gitu especially, if you have a very nice elegant one. Be a raya trendsetter. Why not???


Pakai kipas ni masa raya nanti.....

atau


Ayu tak?

Tepuk dada, tanya selera.


     7.    Air... not air ( udara ) hahahha

Minum air secukupnya. Water hydrates you and keep your temperature under control. If you perspire alot, minum isotonic drink to replenish electrolytes. My tips, rebus barly dan sejukkan. Grab it out of freezer before I head out. Freshhhhh......

If you guys ada tips to share, don't be shy to share in the comment box, ok? So, you guys can try out the tips above and have a Cool Raya!!!








Daddy, u love me or u love me not?


Guys, I had a very beautiful Iftar ( buka puasa ) yesterday. A few friends and I dijemput berbuka kat rumah kawan. Lauk pauk air tangan bondanya memang menyelerakan. Kawan Nour tu, hanya dua beradik. Tapi kakaknya balik mase raye nanti. So, kami yang tetamu undangan berbuka ni, 3 orang. Dah hujung-hujung bulan Ramadhan ni, masih bersemangat waja. Alhamdulillah.

So, lepas berbuka, kami solat Maghrib dan minta diri. Sebelum balik, salam bondanya, tetibe Nour 'ter'cakap... "mak cik, terima kasih bebanyak. memang sedap. kalau boleh, lain kali jemput lagi eh?". Patut ke tak patut? Hahahahh.... Tapi Nour tau, bondanya tu memang sporting orangnye... Bondanya pun jawab "iye Nour? Sedap? Puas makan? Nanti, mak cik jemput lagi. Ni kene bagi feedback kat aunty yang jual lauk kat pasar Ramadhan tu". Errrrkkkkk.... semua gelak. Sporting kan dier? I love you mak cik.

Ok, cakap pasal LOVE.... OTW balik, jalan tak lah berapa jam. So, si Eja pun drive lah dengan steady nye. Trafict light turns red. Ok. Stop. Kami jeling-jeling tengok gelagat driver kereta sebelah. Masyaallah, beautiful family. Young parents with 2 young children. Agak-agak, bawah umur '5 tahun lah'. The kids look so happy... Maybe, they were OTW to get new baju raya? Who knows, right?

Tetiba, Nour rasa sedih, meluat and anger. None of my business what? Kenape nak emotional? Ehhh... kenape pulak Nour ni? Tak suke tengok orang happy ahhh?

This is what I saw.... and this is what I had in mind. Yes, I saw a happy family... cute 2 little children. Happy faces.

" Mama, Papa, do u love me, or u love me not?" "We love u more than anything in this entire world". Mesti the parents jawab macam tu kan?


"I love my daughter more than anything"




Is this love? When you jeopardised your children's safety? The older daughter was standing and roaming freely on the back seats. The younger one was on her daddy's lap. Sandwiched in between her daddy and the steering wheel.

Wake up people!!! Be critical. Don't be ignorant! Show your love the right way.

A slightest impact can cause great damage. Parents or not, no body wants to imagine what could have happened if we continue the 'tak ape' mentality.

So, parents, reality check..... have you ever put your child in danger without you realising it?

Ingat, parents, buckle up, children on safety seat.

                        'Be safe now, don't be sorry later'


Uoll got something to share? Share with me and other readers what you have in mind. Selamat berpuasa.