Powered By Blogger

Friday 17 August 2012

I'm getting there!!!

Assalammualaikum all....

Yes, yes, yes!!! I'm almost there... not quite, but Insyaallah, I will. Ramai pembantu-pembantu.... untuk kasi kemas kat luar.... dan kat dalam.

Nak kenal siapa mereka? Keep reading..... maybe uoll nak 'hire' dia orang jugak... who knows???

Oppppssss.... if you are looking for a domestic helper/maid/pembantu rumah, sah-sah salah terjah blog. Anyhow, tak rugi kalau bace entry ni.... Tak kene toll pun.

Siapa daku?
  1. Jerawat - datang dan pergi sesuka hati. sekali datang, tak tau nak minta diri.
  2. Kulit kusam - lesu jer.
  3. Berminyak - boleh kumpul buat minyak masak, you.
  4. Visible pores - kalah lubang-lubang kat 'spongebob'
  5. Acne marks - harimau mati, meninggalkan belang. jerawat? tinggal marks lah... huhuhu
Nak tambah list lagi ker? Tu jer kot... Itulah reality kulit ku. Sedey... sebab, started mase Nour puberty, unfortunately, until now. Wottttt??? Yes... I'm 29... and my skin is not improving.


BUT.... Wait...


Slowly, my skin dah improved.... since I started my skin beauty regime. Bukan lah pakai product yang kelassss pun. Just some supplement and EMC... Jom tinjau...

1)  Non-Acidic Vitamin C
Nour ambil 2000mg sehari. 1 tablet ade 1000mg Vitamin C. So, Nour akan ambil 1 in the morning, and another tablet in the evening. Vitamin C ni adalah antioxidant dan sejenis vitamin yang larut air. So, lebihan vitamin C dalam badan akan dikeluarkan melalui urin. Selain cepatkan penyembuhan luka dan digunakan untuk mengurangkan risiko dapat cold, pengambilan berterusan dapat mencerahkan kulit secara sihat. Sebab Nour ada acne, so, sedikit sebanyak mengecutkan dan mengeringkan acne Nour. Sekarang dah kurang. Not gone 100%, huhuhu. But, still Alhamdulillah... Syukur.

2)  L-Glutathione Plus with Vit C Capsule
Ok, yang ini, Nour ambil untuk lighten my scars dan secara tak langsung, ia juga promote whole body skin lightening. Nour memang dilahirkan dengan kulit agak cerah, so, skin lightening bukan lah my main objective. Lagi pun, this product yang Nour ambil mempunyai level Glutathione yang paras rendah. Nour ambil juga 2 kali, pagi dan petang. Nour tahu banyak product Glutathione yang ada extreme level. Tapi semuanya tak ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Bukan Nour kata product tu semua memudaratkan, but, we live once... and lets be healthy. Hasilya? Complexion dah sekata dan scars dah pudar sikit.



3)  Food supplement untuk kulit, rambut dan kuku
Juga dalam bentuk tablet. Containing Bio-Marine Complex, plant extracts with isoflavonoids, vitamins and minerals. Nour perasan sejak ambil, kulit dah tak berapa oily. Nour tak ada masalah dengan rambut mahupun  kuku. Cuma, rambut dah tak berapa berminyak. So, I Like!!!

4)  EMC
Ape tu? EMC ialah Egyptian Magic Cream. Nour beli online sebab krim ni tak dijual di pasaran. Nour beli dengan this particular blog sebab harga yang berpatutan dan feedback orang ramai tentang urusniaga dengan akak ni pun bagus. Tak pernah Nour beli barang online. 1st time, you... Very smooth dan fast. So, krim ni baik untuk kulit especially, luka. Memang Nour jamin luka cepat sembuh. Since start puasa, Nour punya bibir cracked sangat. Dah puas apply lip balm. Time tu jer dia ok, lepas lip balm hilang, crack still ader. Yang Nour tak boleh tahan, crack kat corner of my lips. Sakit sangat. So, Nour apply EMC, alhamdulillah, dalam 1 jam, dah sembuh. Terus elok. Masyaallah. Nour juga akan apply EMC pada muka nipis-nipis sebelum beradu. Ianya berminyak. Tapi, untuk scar, Nour apply lebih skit dan urut circular motion. Tak tau lah berapa lama nak urut, selalunye, sampai puas atau penat. Sebab, scar Nour bukan 1 atau 2 jer. Huhuhu. Hasilnya... kulit lembut bile bangun, dan rasenye, sedikit sebanyak membantu pudarkan scar. Scar sekarang tak gelap macam dulu. Dah kemerahan. Insyaallah, kalau Nour tekad dan disiplin, mungkin akan hilang. Who knows, kan? EMC boleh digunakan juga seluruh tubuh di bahagian-bahagian kering, guna sebagai eye cream, kalau kulit ada luka atau melecur. Banyak lagi manfaat lain.

Nour harap, entry ni helpful dan beri sikit idea kat uoll. Sesungguhnya, kecantikan itu adalah dalaman dan luaran. Yang penting, moga Allah memberikan tubuh yang sihat dan dijauhkan penyakit.

P/S - Nour tak letak brand product sebab entry ni, hanya sebagai guide dan tips sahaja. Bukan untuk promote product. Cuma product EMC yang Nour namakan untuk entry ni.

Keberkesanan mengamalkan regime ini mungkin kerana my body respons well to those products. Ask me, if you want to know more, ok? Insyaallah, kalau boleh bantu, Nour akan bantu. No hal. FOC dik non.

Selamat mencuba. Sila share uoll punya regime juga kalau boleh. Wassalam.












1 comment:

  1. assalammualaikum. Kak nour, best lah entry ni. tak nak share name produk ker?

    ReplyDelete